Cari:
Andy Lau Menjadi Naib Pengerusi Majlis Yayasan OKU China
2010-04-26 12:52:18 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Andy Lau kelihatan menerima sijil pengiktirafan sebagai "Utusan Penyayang" daripada wakil Persatuan OKU China pada 6 November tahun 2006.

Sidang ke-10 Majlis Yayasan Orang Kurang Upaya (OKU) China ke-2 yang berlangsung di Beijing pada 23 April lalu, telah meluluskan usul supaya bintang pujaan, Andy Lau diberi jawatan sebagai Naib Pengerusi yayasan tersebut.

Selepas menerima surat pelantikan yang berkenaan daripada Presiden yayasan itu, Andy Lau berjanji akan berusaha bersama-sama dengan setiap anggota Majlis Yayasan OKU serta orang yang penyayang, untuk menyumbang kepada usaha menjamin kebajikan golongan OKU di China.

Yayasan ini merancang untuk mengumpulkan dana sebanyak 220 juta Yuan RMB pada tahun 2010. Daripada jumlah itu, 190 juta akan digunakan untuk beberapa projek kebajikan awam.

 

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China