Cari:
Taridra "Impian Bilik Merah" Persembahan Kumpulan Kesenian DPRK
2010-04-28 15:46:28 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Taridra yang disusun berdasarkan cerita klasik China, iaitu "Impian Bilik Merah" persembahan kumpulan kesenian tersohor di DPRK akan dipertontonkan di Teater Stesen Televisyen Beijing pada 6 hingga 9 Mei nanti. Anggota kumpulan tersebut yang terdiri daripada lebih 200 orang merupakan seniman muda yang terkenal di negara itu. Antaranya, pelakon utama taridra tersebut pernah menerima hadiah pertama dalam pertandingan lagu rakyat yang paling berwibawa di DPRK. Datuknya juga merupakan pelakon utama edisi pertama taridra tersebut ketika dipersembahkan pada 50 tahun yang lalu dan pernah ditemui oleh mendiang Perdana Menteri China, Zhou Enlai yang menonton persembahan tersebut di DPRK.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China