Pertandingan Maraton Antarabangsa London 2010 sebagai salah satu pertandingan maraton yang terkenal di dunia, telah diadakan waktu kali ke-30pada 2 Mei yagn lalu, dan berjaya menarik lebih 360 ribu orang atlet dan peminat lari jarak jauh dari seluruh dunia menyertainya. Para peserta telah berlari dari Taman Blackheath Greenwich, di barat daya London, melalui bangunan Rumah Parlimen, Jambatan Menara London, Tebing Sungai Thimes dan Istana Buckingham mengikut laluan yang ditetapkan. Pertandingan maraton ini telah ditamatkan di pusatnya Taman St. James yang berdekatan dengan Istana Buckingham. Dalam pertandingan ini, yang paling menarik adalah kumpulan pelari yang memakai pakaian beragam berupa watak kartun yang amat istimewa, keadaan ini bukan sahaja dapat mengurangkan tekanan persaingan, malah dapat memberikan kegembiraan kepada para peserta.