Peluncur ais Tanah Besar, (dari sebelah kiri) Wang Meng, Sun Linlin, Zhang Hui, Zhou Yang, Liu Qiuhong ketika tiba di Lapangan Terbang Taoyuan Taipei.
31 orang ahli kumpulan luncur ais Tanah Besar China telah tiba di Taipei atas undangan Suruhanjaya Olimpik Taipei China, dan memulakan aktiviti lawatan pertukaran dan persembahan selama tiga hari bermula pada 3 Mei yang lalu. Ahli kumpulan ini termasuk peluncur ais laju jarak dekat dan peluncur ais berbunga terkenal yang menjadi pemenang dalam Temasya Sukan Olimpik Musim Sejuk Vancouver, iaitu Wang Meng, Zhou Yang, Zhang Hui, Sun Linlin, Pang Qing, Tong Jian dan Zhang Dan serta Zhang Hao. Mereka akan berinteraksi dengan pemain muda luncur bagi acara luncur ais laju jarak dekat dan peluncur ais berbunga di Taiwan serta mengadakan persembahan di Gelanggang Luncur Ais Arena Taipei sebanyak dua kali.
Seorang peluncur ais Taiwan (di sebelah kiri) kelihatan menyampaikan bunga kepada johan luncur ais laju jarak dekat Sukan Olimpik Musim Sejuk Vancouver, Wang Meng di Lapangan Terbang Taoyuan Taipei.