Cari:
Cara yang Betul untuk Mencuci Sayur
2010-05-14 14:40:28 CRI Cetak

Ramai orang suka mencuci sayur-sayuran selepas dipotong. Mereka percaya cara ini adalah cara yang lebih baik tetapi itu tidak benar. Kalau sayur-sayuran dipotong dan terus dimasukkan ke dalam air, maka gula, vitamin C serta bahan-bahan mineral lain akan larut di dalam air. Ini akan mengakibatkan kehilangan nutrisi. Selain itu, sayur akan dicemari bakteria selepas dipotong dan boleh mengakibatkan masalah kesihatan. Dengan itu, lebih baik sayur dicuci dahulu sebelum dipotong.

Cara yang sesuai untuk mencuci sayur adalah sperti berikut:

Rendam sayur ke dalam air garam: selepas 3 hingga 6 kali membilasnya dengan air bersih, rendam sayur itu dengan air garam selama 1 jam. Kemudian bilas sekali lagi dengan air bersih. Bagi sayur kobis, cuci selepas dipotong di belah dua dan rendam dengan air bersih supaya bebas daripada sisa racun perosak.

Rendam dengan air mendidih: semasa memasak kacang dan seledri, lebih baiklah merendam sayur itu dalam air mendidih sebelum dimasak. Cara ini akan membasmi sisa racun perosak sebanyak 90%.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China