Ekspo Produk Kanak-kanak Nanning Tahun 2010 telah diadakan di Dewan Sains dan Teknologi Guangxi, bandar Nanning, Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi pada 29 Mei lalu. Selain melihat pameran pelbagai jenis produk dan alat permainan kanak-kanak, aktiviti membuat sendiri kek, biskut dan guntingan kertas berwarna-warni lebih digemari dan diminati oleh kanak-kanak dan ibu bapa yang hadir.