Cari:
Berterima Kasih kepada Li Mao yang Bantu Republik Korea "Rompak" Piala Uber
2010-06-10 10:44:45 CRI Cetak

Skuad Wanita Baminton China gagal mempertahankan Piala Uber untuk kali ke-7 berturut-turut apabila ditundukkan oleh Republik Korea dengan mata 1:3. Kekalahan tersebut dimulakan dari pusingan pertama ketika Wang Yihan, pilihan nombor satu dunia dibelasah oleh lawan. Ini merupakan pertama kali bagi skuad China mengalami kekalahan dalam tempoh 14 tahun lalu, iaitu sejak ditewaskan oleh skuad Indonesia pada tahun 1996.

Skuad wanita Republik Korea mencapai kejayaan yang luar biasa. Kita patut berterima kasih kepada jurulatihnya, Li Mao, warganegara China yang membantu menyebarkan semangat persaingan, selain mengucapkan tahniah kepada skuad johan baru tersebut.

Setelah skuad wanita Republik Korea mencipta kejutan yang besar itu, iaitu buat pertama kalinya memenangi Piala Uber selepas menumbangkan gergasi badminton ini, penyumbang terbesar kepada kejohanan tersebut yang dipercayai umum adalah Li Mao, bekas Ketua Jurulatih bagi acara perseorangan lelaki dalam Skuad Badminton China, yang kini beralih bertugas sebagai Ketua Jurulatih bagi acara perseorangan lelaki dan wanita dalam Skuad Badminton Republik Korea.

Maklumlah Skuad Wanita China dilihat sebagai gergasi yang jauh dari mampu untuk mempertahankan Piala Uber, tetapi orang ramai tidak menjangka skuad Republik Korea keluar sebagai pemenang muktamad. Kejutan besar itu menjadikan hampir semua media, ketika melaporkan hal tersebut, menggunakan perkataan "Piala Uber 'Dirompak'". Sepanjang proses "perompakan" tersebut, Li Mao memainkan peranan yang penting sehingga berjaya menyajikan pertunjukan "orang China melawan orang China" kepada para penonton.

Bagaimana untuk menyuarakan perasaan kami yang penuh bertentangan ini?

Sebenarnya, kami patut berterima kasih kepada Li Mao.

Bagi suatu acara sukan, pertukaran tokoh yang berbakat dan persaingan yang sengit amat diperlukan untuk perkembangannya pada masa akan datang. Contohnya, seperti Tang Xianhu, orang Cina Indonesia yang kembali ke China untuk bertugas sebagai jurulatih bagi acara perseorangan lelaki dan berjaya memupuk pemain cemerlang seperti Lin Dan.

Pada masa ini, perkembangan badminton sedang menemui jalan buntu di seluruh dunia sehingga pasarannya menjadi semakin kecil. Sudah tidak wujud lagi pertarungan tradisi yang sengit antara Asia dengan Eropah. Skuad dari negara Eropah gagal mara ke separuh akhir Piala Thomas tahun ini, malah sukar melatih pemain muda untuk menggantikan yang tua. Misalnya, Peter Gade yang sudah begitu lama berkhidmat sebagai pilihan nombor satu dalam skuad Denmark.

Jika ditinjau perkembangan pada masa depan, badminton berkemungkinan besar akan didominasi oleh orang Asia, sedangkan China akan mendominasinya di Asia. Keadaan seumpama itu sudah berlaku dalam arena pertandingan pingpong.

Jika China sentiasa mendominasi dalam arena badminton, baik pada aspek tenaga jurulatih yang berbakat, pengajaran teknik, pemilihan pemain muda, mahupun pada aspek infrastruktur yang berkait dengan latihan, negara lain mungkin sukar bersaing dengan gergasi ini sehingga acara sukan ini sukar berkembang selanjutnya di lingkungan yang lebih luas.

Li Mao membawa kelebihannya pada aspek teknik dan pengalaman sebagai jurulatih kepada Republik Korea dan berjaya membantu negara itu memecahkan monopoli China dalam pertandingan Piala Uber. Ini sebenarnya, bermanfaat bagi perkembangan badminton.

Katanya, sehingga kini masih belum ada negara mahu membida tuan rumah Piala Thomas dan Uber yang akan datang. Ini dilihat sebagai satu isyarat yang berbahaya bagi perkembangan badminton.

Pembaharuan 21 mata yang dilaksanakan dalam sistem pertandingan badminton beberapa tahun yang lalu gagal menghalang China dalam mendominasi acara sukan ini. Sebaliknya, menggalakkan lebih ramai "Li Mao" menyebarkan teknik dan pengalaman di luar negeri yang jauh lebih berkesan daripada pembaharuan seumpama itu, yang sama tujuannya, iaitu untuk mengurangkan pengaruh China dalam arena badminton, dan membantu membawa pertandingan yang lebih menarik dalam acara sukan ini.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China