Cari:
Shen Xue dan Zhao Hongbo Adakan Majlis Perkahwinan Ais Bulan September Ini
2010-07-15 11:36:07 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Shen Xue dan Zhao Hongbo ialah pasangan suami isteri pemain luncur ais yang terkenal di China. Mereka ialah juara acara luncur ais berpasangan dalam Sukan Olimpik Musim Sejuk Vancouver 2010. Kejayaan mereka merupakan kemenangan pertama yang dicapai oleh pemain bukan Eropah dalam sejarah Sukan Olimpik Musim Sejuk sejak 46 tahun yang lalu. Walaupun mereka telah mendaftarkan perkahwinan mereka pada tahun 2007, tetapi disebabkan sentiasa sibuk untuk persiapan pelbagai pertandingan, maka mereka tidak sempat mengadakan majlis perkahwinan yang rasmi setakat ini. Namun, baru-baru ini, tarikh majlis perkahwinan akhirnya dikatakan sudah dimasukkan dalam jadual mereka, iaitu pada bulan September. Majlis perkahwinan mereka akan dimulai dengan sebuah persembahan luncur ais yang menarik. Mereka juga akan mengundang beberapa orang sahabat pemain luncur ais yang terkenal di dunia, seperti Evgeny Plushenko dari Rusia dan Mao Asada dari Jepun untuk menghadiri majlis perkahwinan mereka.


1 2 3 4
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China