Cari:
Fasa Pertama Pertandingan Koir Dunia Ke-6 Berakhir
2010-07-20 10:45:00 CRI Cetak

(kumpulan koir Malaysia)

Fasa pertama Pertandingan Koir Dunia Ke-6 berakhir di Shaoxing China semalam. Majlis penganugerahan turut diadakan pagi semalam. Sepuluh kumpulan koir dari 7 buah negara, termasuk China, Malaysia, Indonesia, Afrika Selatan, Esthonia, Switzerland, dan Amerika Syarikat masing-masing meraih kejuaraan dalam 12 acara.

(kumpulan koir Indonesia)

Pertandingan fasa pertama terdiri daripada pertandingan koir kanak-kanak, pertandingan balada dan pertandingan muzik moden. Kumpulan Afrika Selatan meraih juara dalam 4 acara, manakala kumpulan Indonesia memperoleh juara dalam 3 acara. Selain itu, Kumpulan Koir Wanita Institut Kesenian Malaysia meraih juara pertandingan koir wanita dalam bangunan.

(kumpulan koir Indonesia)

Pertandingan fasa kedua akan dirasmikan lusa, manakala semua pertandingan akan berakhir pada 26 hari bulan ini.

(Kumpulan Koir Universiti Shaoxing)

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China