Kuiz pengetahuan anjuran CRI dan Biro Eskpo Dunia Shanghai tersebut bertujuan untuk menbolehkan para pendengar CRI di seberang laut lebih memahami Ekspo Dunia Shanghai. Lapan orang pendengar termasuk pendengar, Michela Mascitti dari Jerman, Lydia Englberge dari Itali dan Aleks Kadar dari Perancis dan memperoleh hadiah istimewa kuiz tersebut. Mereka melawat di Taman Ekspo Dunia Shanghai 2010, mehayati kebudayaan yang berbeza d antara pelbagai negara dan membuat persembahan yang menarik dalam upacara tersebut.
Dalam upacara tersebut, pendengar dari Vietnam, Vu Ba Nha turut memainkan ukulele, sejenis alat muzik tradisi negaranya dan menyanyi lagu "Shanghai, bandar damai" yang dicipta oleh beliau khusus untuk Ekspo Dunia Shanghai kali ini.