Pusat Media Utama bagi Sukan Asia ke-16 Guangzhou telah dirasmikan pada 1 November lalu. Pusat media ini yang terdiri daripada pusat berita utama dan pusat radio antarabangsa ini merupakan ibu jabatan kerja untuk para pemberita dan badan penyiaran televisyen. Pusat berita utama terletak di tingkat satu dan dibuka kepada wartawan, jurugambar dan ENR. Pusat radio antarabangsa terletak di tingkat dua hingga empat yang digunakan untuk penyiaran RHB dan RHBs sepanjang Sukan Asia ini .