
Anak harimau timur laut yang berumur sebulan ini dan "abangnya" kelihatan saling bersandar di Dunia Haiwan Liar Hangzhou semalam. Kedua-dua beradik ini telah hidup bersama sejak sebulan yang lalu.

Seekor anak harimau timur laut, yang diberi nama "lucky" dan berumur sebulan di Dunia Haiwan Liar Hangzhou disusui oleh seekor ibu anjing kerana ibunya sendiri tidak berpengalaman dan enggan menyusukan anaknya. Ibu anjing ini menyusukan anak harimau ini bersama dengan seekor anaknya. Anak harimau timur laut ini semakin besar, sihat dan bahagia bersama-sama dengan "ibu angkat" dan "abang angkatnya".
