Sukan Asia ke-16 akan dirasmikan di Guangzhou pada malam 12 November. Raptai kali ke-4 untuk upacara perasmian sukan ini diadakan di pulau Haixinshadao, tapak utama bagi upacara perasmian Sukan Asia yang terletak di tebing sungai Zhujiang semalam. Selain penyalaaan bunga api dan obor tidak dimasukkan dalam raptai tersebut, raptai penuh diadakan menurut agenda upacara perasmian yang dijadualkan.
Upacara perasmian itu bertema "mula berlayar" dan aktiviti persembahannya yang dijangka berlangsung selama sejam itu dibahagikan kepada empat babak yang masing-masing berjudul "Air Berpunca Dari Tanah", "Kapal di Laut", "Layar Bagaikan Awan Putih" dan "Undangan Bandar Bunga".