Cari:
Teh Limau Gedang
2011-01-19 17:30:21 CRI Cetak

Limau gedang digelar "buah yang sempurna" untuk dimakan pada musim sejuk. Selain terus dimakan, buah ini juga boleh dibuat teh. Isi dan kulitnya tidak terbuang.

Limau gedang mempunyai banyak vitamin C, dapat meningkatkan sistem imunisasi, mengurangkan kepanasan dan batuk atau flegma. Selain itu, menurut "Compendium of Materia Medica", kulit limau gedang mempunyai fungsi "mempercepat pencernaan" dan "menghapuskan flegma". Minuman yang dibuat dengan limau gedang dan madu, amat baik untuk menjaga kesihatan. Madu mengandungi vitamin, dan sangat baik bagi tubuh badan.

Cara membuat:

1. Mencuci limau gedang dengan air garam, kemudian merendamnya dalam air panas selama 5 minit, memotong kulit halus-halus.

2. Hancurkan isi limau gedang.

3. Masukkan kulit dan isi limau gedang ke dalam priuk, menuang 1 cawan kecil air dan gula batu, panaskan bahan tersebut dengan api kecil selama setengah jam

4. Tambah madu ketika bahan tersebut menjadi sejuk pada 50 darjah selsius.

5. Simpan bahan tersebut dalam bekas selama 10 hari, anda boleh minum.

Simpan teh limau gedang semakin lama, rasa pahitnya semakin kurang. Jika mahu minum, ambil 2 sudu teh limau gedang, tuang air panas, secangkir teh limau gedang yang manis dan masam telah siap utnuk diminum.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China