Karen Mok merupakan penyanyi wanita diminati ramai yang pandai menyanyi, menari, berlakon dan menggubah muzikk. Disebabkan berbakat dalam sastera dan opera, dia melebihi ramai bintang idola di arena lagu popular. Baru-baru ini, dia melancarkan album barunya yang bertajuk "Baby" yang semua muziknya digubahnya sendiri. Berikutnya, marilah kita nikmati lagu utama album ini dengan tajuk yang sama. Lagu ini mengutarakan rasa rindu. Namun berbeza dengan banyak lagu lain yang menyatakan rasa rindu, ia menggambarkan harapan terhadap rasa rindu. Dengan iringan piano dan harmonika, gambaran mengenai rasa rindu yang dilukiskan dalam lirik lagu ini amat cantik seperti puisi. Lirik lagu antaranya berbunyi, "Tiada khabarmu entah berapa lama lagi. Tiba-tiba tidak indahnya dunia ini. Aku rindu akanmu di bawah matahari, dan menantikan kau kembali. Aku hendak berpelukan denganmu nanti. Biar di mana saja pada suatu hari. Aku ingatmu dan cintamu, baby."

Selanjutnya, silalah dengar "Kesunyian yang Sempurna", yang juga dari album Karen Mok ini. Kita dapat mengetahui lagu ini menerusi iringan gitar yang sederhana. Dibanding dengan perbalahan antara dua orang, atau keriuhan sekelompokan orang, suasana sunyi yang dimiliki seorang sahaja nampaknya lebih menarik.

Kesibukan hidup di bandar mendesak ramai yang berada di dalam perlumbaan dengan waktu, tetapi lupa menikmatinya. Seperti yang dinyanyikan oleh Alan Tam dan kumpulan penyanyi Mr. dalam lagu yang bertajuk "Terlalu Buru-buru", "Selalu sibuk dan terburu-buru, kita habiskan masa muda dan keremajaan. Beberapa tahun selepas itu aku baru menyedari apa yang telah aku milik dan hilang. Waktu pun berlalu begitu cepat. Siapa boleh memperlahankan jam kita, supaya setiap langkah dapat diayunkan dengan tidak terlalu buru-buru."

Berikutnya marilah kita nikmati lagu yang dibawakan oleh kumpulan penyanyi Taiwan, Sodagreen yang bertajuk "Sepuluh Tahun untuk Seminit Sahaja". Pada pertengahan tahun pertama 2010, Sodagreen telah mengadakan persembahan di beberapa banyak bandar di China. Selain menyanyi untuk peminat tempatan, mereka juga menikmati adat resam di pelbagai tempat, dan juga menyaksikan persembahan seni tempatan, seperti opera Peking dan Errenzhuan, nyanyian dan tarian secara berduet yang amat popular di kawasan timur laut China. Inspirasi gubahan karya baru mereka "Sepuluh Tahun untuk Seminit Sahaja" itu justeru berasal daripada latihan yang tekun pelakon opera Peking dan Errenzhuan. Lagu ini menggambarkan semangat mereka yang mengambil masa sepuluh tahun dalam latihan hanya untuk persembahan selama seminit sahaja di atas pentas.








