3 Februari merupakan hari pertama tahun arnab, pesta kuil dirasmikan di merata-rata tempat di China untuk menyambut Tahun Baru China. Pesta Kuil Changdian di Beijing, di Kuil Konfusius di Nanjing, di Kuil Chenghuang di Shanghai dan di Istana Qingyang di Chengdu merupakan empat pesta kuil yang paling besar di China. Pesta Kuil merupakan aktiviti hiburan utama bagi orang China sempena sambutan Tahun Baru China. Ia memberi kebahagiaan dan kegembiraan kepada rakyat China. Pada zaman lama, pesta kuil diadakan sebagai aktiviti agama, namun ia sudah dijadikan satu pesta untuk hiburan, membeli-belah dan makan makanan ringan pada masa kini.
Dalam sejarah bandar Beijing terdapat 8 pesta kuil yang besar. Antaranya, Pesta Kuil Changdian merupakan pesta kuil yang paling terkenal. Ia sudah mempunyai sejarah lebih 400 tahun. Ini adalah sekumpulan gambar bagi Pesta Kuil Changdian tahun ini.
Pesta Kuil Changdian dikunjungi pelancong dari seluruh China
1 2 3 4 5 6 7 8