Cari:
Pemilihan Maskot Rasmi bagi Sukan Olimpik Musim Sejuk Sochi Bermula
2011-02-10 15:58:16 CRI Cetak

Melalui usaha reka bentuk dan pengumpulan pendapat umum selama beberapa bulan, Imej binatang dan manusia yang akan dipilih sebagai maskot rasmi bagi Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik Musim Sejuk Tahun 2014 di Sochi, Rusia telah disediakan di depan orang ramai malam 7 Februari lalu. Imej kartun Harimau bintang salji, beruang coklat, arnab dan anak patung amat comel.

Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik Musim Sejuk 2014 Sochi memaklumkan, rakyat Rusia boleh membuang undi untuk memilih imej kartun yang mereka sukai melalui SMS mulai dari hari ini hingga 26 Februari. Pada akhirnya, dua imej akan dipilih menjadi maskot rasmi bagi kedua-dua sukan tersebut.

Jawatankuasa tersebut telah memulakan pengumpulan reka bentuk maskot secara menyeluruh pada September tahun lalu, dan telah menerima 24,000 buah karya.

Walaupun pengundian itu baru bermula, namun harimau bintang salji nampaknya berpeluang untuk mendapat kemenangan, kerana binatang liar ini selalu dihargai oleh Perdana Menteri Rusia, Vladimir Putin. Ketika meninjau keadaan persekitaran kehidupan harimau bintang salji pada tahun lalu, Putin telah menyatakan bahawa binatang ini bersesuaian dijadikan lambang Sukan Olimpik Msuim Sejuk. Dimaklumkan, spesies haiwan ini telah pupus di Sochi beberapa tahun lalu. Ketika memohon untuk menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Sejuk 2014, Putin berjanji supaya binatang ini hidup kembali di kawasan Caucasus.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China