Tauhu Tapai 毛豆腐 (Mao2 Dou4 Fu3)
Cuisine: Masakan Anhui
"Tauhu Tapai" merupakan masakan tradisional yang popular di sekitar kota Huangshan provinsi Anhui. Seperti yang dimaksudkan dalam namanya, juadah ini dibuat daripada tauhu biasa yang ditapai hingga "berbulu putih" (hyphae) pada permukaannya. Walau bagaimanapun, ia sedap kerana protein yang dalam tauhu berubah menjadi asid amino dalam pelbagai macam dalam proses penapaian.
(hyphae pada permukaan tauhu yang ditapai)
Asal Usul:
Kononnya, maharaja Dinasti Ming, Zhu Yuanzhang melarikan diri ke kaunti Xiuning, Anhui setelah dikalahkan musuhnya dalam satu pertempuran. Kerana lapar sekali, baginda mengarahkan pengikutnya mencari makanan dan akhirnya mendapat beberapa potongan tauhu yang disembunyikan khalayak ramai dalam rumput. Meskipun ia telah "berbulu" kerana busuk, pengikut itu tetap membakarnya untuk maharaja Zhu Yuanzhang kerana tidak menjumpai makanan lain. Namun, di luar jangkaan, tauhu itu enak dan maharaja pun gembira makannya. Selepas baginda mengalahkan musuhnya kemudian, baginda memberikan tauhu tapai kepada tenteranya. Dengan itu, makanan ini menjadi popular di Anhui.
Makanan ini boleh didapati di mana-mana tempat di seluruh provinsi Anhui, khususnya tempat pelancongan seperti Jalan Tunxi.