Cari:
Amazon Bakal Guna UAV Mini untuk Penghantaran Ekspres
2013-12-03 13:15:33 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Menurut gambar yang disediakan oleh syarikat jualan dalam talian, Amazon pada 1 Disember lepas, sejenis pesawat tanpa juruterbang (UAV) mini akan digunakan untuk perkhidmatan penghantaran ekspres syarikat tersebut.

Pada hari yang sama, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Amazon, Jeff Bezos mendedahkan bahawa perkhidmatan tersebut digelar PrimerAir, yang menggunakan UAV kawalan jauh dengan lapan kipas untuk menghantar kargo yang saiznya lebih kecil daripada kotak kasut.

Semua pesanan dijangka akan sampai ke tangan pelanggan yang lokasinya dalam lingkungan 1.6 kilometer dalam masa setengah jam.

Kini, PrimerAir yang masih dalam fasa percubaan, sedang menunggu kelulusan Jabatan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan AS (FAA). Perkhidmatan ini dijangka akan dimulakan secara rasmi dalam masa empat hingga lima tahun yang akan datang.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China