Baru-baru ini, Victoria Beckham diundang oleh majalah fesyen Vogue edisi Perancis untuk menjadi ketua penyunting terbitan khas sempena Hari Krismas.
Majalah Vogue terbitan terbaru juga menampilkan gambar Victoria dan suaminya, David Beckham. Gambar kedua-dua pasangan yang masih dilamun cinta ini menjadi penghias kulit majalah Vogue terbitan terbaru ini.