Cari:
Taman Peringatan Tapak Peninggalan Gempa Bumi Wenchuan Dibuka
2008-11-13 08:53:17 CRI Cetak

Taman Peninggalan Gempa Bumi Donghekou kaunti Qingchuan Sichuan, sebuah taman peringatan tapak peninggalan gempa bumi Wenchuan yang pertama,dibuka hari ini.

Kedudukan bentuk bumi yang rosak akibat bencana gempa bumi itu telah dipamerkan di taman tersebut. Angka-angka "2008; 5•12; 14:28" diukir pada sebuah batu besar sebagai merekod waktu berlaku kejadian gempa bumi Wenchuan itu.

Selain itu, pusat pengkajian sains, sistem pelancongan peninggalan gempa bumi, muzium dan dewan pameran penyelamatan dalam bencana itu akan diwujudkan dalam taman tersebut.

Projek Cahaya Suria Lubuk Hati Palang Merah China telah menjalankan pemeriksaan psikologi terhadap kanak-kanak yang tercedera parah dalam bencana gempa di bandar Shifang Sichuan. Pemenang pingat emas Sukan Olimpik dan Paralimpik turut menyampaikan salam di sekolah kawasan bencana.

Kerajaan tempatan sedang mengambil pelbagai langkah untuk menjamin rumah, pakaian tebal dan makanan yang mencukupi bagi mangsa-mangsa bencana untuk menghadapi musim sejuk tidak lama lagi.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China