Cari:
Barang dan Wang Sumbangan Bencana Gempa dari Pelbagai Golongan Masyarakat Hampir 60 Bilion Yuan Dikutip
2008-11-14 08:53:11 CRI Cetak

Kementerian Hal Ehwal Awam China memaklumkan, setakat 10 November lalu, barang dan wang sumbangan bencana gempa bumi dari pelbagai golongan masyarakat dalam dan luar negara bernilai kira-kira 59.6 bilion yuan RMB. Jumlah yang sudah dihantar ke kawasan bencana mencapai lebih 27.3 bilion yuan.

Naib Menterinya, Puan Jiang Li menyatakan untuk meningkatkan pengelolaan dan pengawasan terhadap wang sumbangan itu, mereka telah membentuk sistem pengawalan maklumat sumbangan bencana gempa bumi Wenchuan 5•12 untuk mencatat maklumat yang berkaitan dengan sumbangan dan saluran penggunaannya.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China