Cari:
Ekspo China-ASEAN Mendapat Pujian Ahli Perniagaan dan Sarjana Pelbagai Negara
2008-10-24 10:03:34 CRI Cetak

Ekspo China-AEAN Ke-5 yang berlangsung selama 4 hari di Nanning, Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi China telah berakhir hari ini, selepas mencapai kejayaan yang cemerlang. Ekspo China-ASEAN dan Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan serta pelbagai aktiviti lain yang diadakan kali ini bukan sahaja diberikan perhatian oleh kerajaan China dan negara anggota ASEAN, tetapi juga mendapat sambutan baik daripada pelbagai kalangan masyarakat kedua-dua pihak, khususnya ahli perniagaan dan sarjana.

Ekspo kali ini menyediakan sebanyak 3,300 buah gerai pameran dan melibatkan penyertaan sebanyak 2,100 buah syarikat dari China dan negara ASEAN, termasuk 109 buah syarikat dari Malaysia.

"Kami ingin mengucapkan banyak terima kasih kepada penganjur ekpso di Nanning ini kerana memberi peluang kepada syarikat-syarikat Malaysia untuk mempromosikan produk mereka, khususnya di China," kata Pengurus Kanan Bahagian Produk MATRADE, Encik Yusram Yusup ketika diwawancara oleh wartawan CRI.

Encik Yusram Yusup diwawancara oleh wartawan CRI

Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan China-ASEAN yang bertema "Pandangan bertambah Meluas, Tindakan bertambah Aktif" telah diadakan sempena Ekspo China-ASEAN Ke-5 ini. Sidang Kemuncak kali ini berfokus kepada dua topik yang dianggap sebagai perkara penting bagi mempergiat hubungan kerjasama ekonomi dan perdagangan China-ASEAN, iaitu kerjasama antara perusahaan kecil dan sederhana serta kerjasama dalam bidang pelaburan. Sidang tersebut memberikan peluang kepada peserta yang menghadirinya antaranya ahli perniagaan dan sarjana dari pelbagai negara, untuk bertukar-tukar pendapat dan mengemukakan cadangan mereka untuk merancakkan kerjasama dan menghadapi cabaran pada masa ini.

Presiden Persatuan Industri Kecil dan Sederhana Malaysia, Encik Chua Tiam Wee semasa diwawancara berkata: "Saya percaya ada banyak bidang perusahaan kecil dan senderhana boleh bekerjasama antara negara-negara ASEAN dengan China, terutamanya dalam menghadapi krisis kewangan sekarang. Kita mesti menentukan semua perusahaan kecil dan sederhana boleh mendapat pinjaman kewangan dari bank-bank di negara masing-masing. Ini amat mustahak."

Datuk Yong Ah Pwi diwawancara wartawan CRI

Bagi peniaga-peniaga dari negara ASEAN yang bukan pertama kali menyertai Ekspo China-ASEAN, peranan istimewa yang dimainkan oleh ekspo itu telah meninggalkan kesan yang mendalam kepada mereka.

Presiden Dewan Perdagangan Malaysia-China, Datuk Yong Ah Pwi berkata: "Saya sudah menyertai Ekspo China-ASEAN ini sebanyak lima kali dan mendapati penganjuran ekspo ini semakin baik. Di sini, kita boleh mempromosikan produk kita kepada peniaga dari seluruh China. Pada pandangan saya, ekspo ini akan memainkan peranan yang lebih besar dan menjadi lebih berpengaruh dengan kejayaan yang telah dicapainya dan hubungan perdagangan yang bersifat saling melengkapi antara negara ASEAN dengan China."

Ekspo China-ASEAN Ke-5 terus diadakan berdasarkan konsep inovasi dan mempunyai ciri-ciri yang baru seperti lebih profesional, lebih fleksibel dan lebih menumpu kepada produk-produk yang dianggap mempunyai potensi pasaran yang besar antara satu sama lain.

Naib Ketua Setiausaha Dewan Perniagaan China-ASEAN (CABC), Prof. Xu Ningning semasa diwawancara berkata: "Ekspo China-ASEAN yang diadakan dengan konsep inovasi sentiasa selaras dengan perkembangan kerjasama antara kedua-dua pihak, terutamanya penubuhan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN. Dengan ini, Ekspo China-ASEAN mampu memainkan peranan yang lebih penting bagi mempergiat kerjasama yang pragmatik antara China dengan negara anggota ASEAN, termasuk juga kerjasama antara negara-negara di Subkawasan Sungai Mekong Besar dan Kerjasama Ekonomi Teluk Beibu."

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China