Cari:
Wen Jiabao Meninjau Kawasan Bencana Gempa Bumi Sichuan
2008-11-19 18:20:21 CRI Cetak

Perdana Menteri, Wen Jiabao menegaskan, penyegeraan kerja-erja pembangunan semula merupakan tindakan utama untuk memperluas permintaan dalam negeri dan mendorong pembangunan ekonomi, disamping merupakan tugas utama pemulihan bagi kawasan bencana gempa.

Beliau berkata demikian di Mianyang, Sichuan baru-baru ini kerana melawat mangsa-mangsa bencana gempa dan meninjau kerja-kerja pembangunan semula.

Ini merupakan kali keenam Wen Jiabao melawat kawasan bencana gempa selepas bencana gempa bumi melanda Wenchuan pada 12 Mei lalu.

Wen Jiabao memberikan perhatian yang besar terhadap usaha menempatkan mangsa di kawasan selamat bagi menghadapi musim sejuk. Ketika memantau projek-projek pembinaan rumah dan pembaikpulihan bangunan yang terjejas do kampung pada 15 dan 16 November lalu, beliau menegaskan perlunya usaha mempercepat pembinaan projek tersebut berdasarkan prinsip selamat, ekonomik, dan menjimatkan tanah.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China