Cari:
Pembangunan Semula di Sichuan Berjalan Lancar
2008-11-21 18:12:04 CRI Cetak

Kerja-kerja pembangunan semula kawasan bencana gempa di Sichuan sekarang berjalan lancar. Lebih 65% rumah di kawasan desa yang perlu dibina semula sudah siap atau sedang dibina. Timbalan Gabenor Provinsi Sichuan, Wei Hong berkata lebih 40% sekolah yang perlu dibina semula juga telah selesai. Antara perusahaan perindustrian yang terjejas oleh bencana gempa itu, lebih 96% daripadanya telah beroperasi semula.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Jabatan penerangan Dewan Negara di Beijing hari ini.

Katanya, projek pemulihan perkhidmatan awam dan kemudahan infrastruktur, perancangan pemulihan ekologi dan pemuliharaan habitat panda juga sedang dilaksanakan secara positif.

Beliau berkata, Sichuan akan berusaha menyiapkan projek pembangunan semula yang berkos lebih 3000 bilion yuan RMB pada tahun 2010. ini akan membolehkan kehidupan rakyat Sichuan menjadi lebih baik melalui pembangunan semula yang akan mengambil masa 3 tahun.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China