China bersedia bersama-sama Eropah terus memelihara dan mendorong hubungan China-Eropah supaya berkembang secara sihat dan stabil. Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Qin Gang dalam sidang akhbar di Beijing hari ini.
Beliau berkata, tarikh Sidang Kemuncak China-Eropah Ke-11 bergantung kepada kesediaan Perancis sebagai pengerusi bergilir Kesatuan Eropah mengambil langkah membawa suasana yang baik untuk sidang kemuncak tersebut. Qin Gang berkata, usaha meningkatkan hubungan China-Eropah bermanfaat bagi kedua-dua pihak dan seluruh dunia. Tambahan pula dengan situasi masa kini, China dan Kesatuan Eropah sepatutnya meningkatkan kerjasama untuk menghadapi krisis kewangan antarabangsa serta cabaran sejagat yang lain, seperti keselamatan bahan makanan dan tenaga serta perubahan iklim.