China tidak bertanggungjawab terhadap penundaan tarikh pertemuan pemimpin-pemimpin China-Eropah ke-11. Jurucakap Kementerian Luar China, Qin Gang berkata, China bersedia berkerjasama dengan Eropah untuk meningkatkan hubungan yang mantap antara China dengan Eropah. Beliau menjawab pertanyaan wartawan tentang sebab-sebab pertemuan pemimpin-pemimpin China-Eropah ke-11 ditunda semalam.
Katanya, pemimpin Perancis yang menjawat pengerusi bergilir Majlis Kesatuan Eropah menggembar-gemburkan bahawa ia akan menemui Dalai Lama selepas pertemuan pemimpin-pemimpin China-Eropah. Isu yang berkaitan dengan Tibet merupakan isu kedaulatan negara dan keutuhan wilayah China.
Oleh itu, China menasihatkan Perancis supaya memelihara hubungan baik dengan China dan hubungan antara China dengan Eropah. Bagaimanapun, Perancis tidak memberikan reaksi positif dan ini mengbayangkan pertemuan pemimpin-pemimpin China-Eropah tidak mempunyai suasana yang baik. Oleh itu, pihak China tidak mahu tidak terpaksa menunda tarikh pertemuan tersebut.