Cari:
Presiden CRI, Wang Gengnian Temui Tan Kai Hee di Kuala Lumpur
2008-12-09 11:18:12 CRI Cetak

Presiden CRI, Wang Gengnian (tengah di depan) ditemui Ketua Setiausaha Persatuan Persahabatan Malaysia-China, Tan Kai Hee (kiri di depan).

Presiden Radio Antarabangsa China (CRI), Wang Gengnian telah menemui Ketua Setiausaha Persatuan Persahabatan Malaysia-China, Encik Tan Kai Hee di Kuala Lumpur semalam.

Wang Gengnian menyatakan seiring dengan pembangunan sosioekonomi China, CRI akan terus meningkatkan penyiaran terhadap Malaysia untuk mengeratkan persahabatan antara rakyat kedua-dua negara. Beliau telah mengucapkan terima kasih kepada Persatuan Persahabatan Malaysia-China dan kaum Cina di Malaysia kerana memberi sokongan kukuh kepada CRI setelah sekian lama.

Encik Tan Kai Hee menyampaikan kata alu-aluan terhadap kedatangan delegasi CRI yang diketuai Wang Gengnian. Katanya, siaran program CRI mendapat sambutan baik daripada pendengar Malaysia. Beliau berharap CRI terus meningkatkan usaha dalam menyiarkan program terhadap Malaysia dan pihaknya bersedia menjalankan kerjasama dengan CRI dalam bidang media.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China