Cari:
Anak Yatim Akibat Bencana Gempa Sichuan Mendapat Sara Hidup Setiap Bulan Hingga Menjadi Dewasa
2008-12-19 16:42:36 CRI Cetak

Setiap seorang daripada 623 anak yatim akibat bencana gempa Sichuan akan mendapat sara hidup yang berjumlah 600 yuan RMB sebulan daripada syarikat insurans CLI mulai bulan ini sehingga dewasa atau diambil sebagai anak angkat.

Program pemberian sara hidup ini dilaksanakan bersama oleh Kementerian Hal Ehwal Awam China dengan syarikat insurans CLI.

Menurut pegawai syarikat tersebut, pihaknya juga akan menyediakan bantuan jangka panjang kepada anak yatim tersebut, seperti pendidikan vokasional dan peluang pekerjaan.

Naib Pengarah Jabatan Hal Ehwal Awam Provinsi Sichuan, Zhang Li menyatakan, anak yatim piatu merupakan golongan yang paling memerlukan perhatian berbanding mangsa lain bencana tersebut. Kerajaan sudah mengambil langkah-langkah untuk mengatur kehidupan mereka dan menghargai bantuan daripada anggota masyarakat dan usahawan yang pengasih dan penyayang.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China