Cari:
Pinjaman Kewangan 180 Biliona Yuan RMB kepada Sichuan
2008-12-22 15:01:57 CRI Cetak
Bank Pertanian China akan menyediakan pinjaman wang sebanyak 180 bilion yuan RMB kepada pihak berkuasa Sichuan dalam tempoh tiga tahun terdekat. Pinjaman ini dilhat sebagai sokongan kepada pembangunan semula di provinsi yang dilanda gempa itu.

Perjanjian kerjasama bank berkenaan dengan kerajaan Provinsi Sichuan berlangsung di Bandar Chengdu semalam. Menurut perjanjian tersebut, dalam tempoh tiga tahun terdekat ini,

Gabenor Bank Pertanian China, Xiang Junbo berkata, pihaknya akan menyokong kerajaan Sichuan dalam bidang pengangkutan, lalu lintas, sumber tenaga, pembinaan rumah serta pengubahsuaian rumah untuk mangsa gempa dan pembangunan projek tali air.

Selain itu, Bank Pertanian China akan menyediakan perkhidmatan kewangan yang berkualiti tinggi kepada kalangan usahawan dan individu supaya dapat memajukan langkah dalam pembangunan semula pasca-bencana.

Sebelum ini, bank tersebut telah menyediakan pinjaman hampir 50 bilion yuan RMB kepada perusahaan yang melibatkan diri dalam pembangunan semula di kawasan bencana. Daripada jumlah itu, sebanyak 16 bilion yuan RMB telah digunakan.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China