Cari:
Memperdalam Pembaharuan dan Pintu Terbuka Perlu bagi China Kekalkan Pertumbuhan Ekonomi
2008-12-25 11:45:43 Harian Renmin Ribao Cetak

China sepatutnya memperdalam usaha pembaharuan dan pintu terbuka bagi mengekalkan pertumbuhan ekonomi. Demikian gesaan yang terkandung dalam rencana Harian "Renminribao" yang diterbitkan hari ini.

Menurut rencana tersebut, untuk menghadapi impak krisis kewangan antarabangsa, cara terbaik untuk memeliharan pasaran dengan mengemukakan langkah pembaharuan yang bermanfaat bagi mengekalkan pertumbuhan ekonomi, meningkatkan permintaan dalam dan menyusun semula struktur ekonomi. China perlu terus mendorong pembaharuan dalam bidang harga, cukai, kewangan, pelaburan, pentadbiran dan syarikat milik negara.

Bagi menghadapi situasi ekonomi antarabangsa yang serius pada masa ini, China perlu memperluas dasar pintu terbuka, meningkatkan daya saing dan kemampuan antirisiko ekonomi, mengekalkan pertumbuhan stabil eksport dan kualiti penggunaan modal asing, secara aktif dan mantap mendorong pelaburan syarikat China ke luar.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China