Kerajaan Wilayah Autonomi Tibet China hari ini memaklumkan bahawa Kementerian Kewangan China dijangka memperuntukkan lebih 16 bilion yuan RMB kepada Tibet tahun ini, jumlah ini meningkat 44% daripada tahun yang lalu dan mencatat jumlah tertinggi dalam sejarah.
Peristiwa "14 Mac" yang berlaku di Lhasa tahun ini telah menjejaskan secara serius pertumbuhan ekonomi di Tibet. Jumlah pelaburan aset tetap dan peningkatan ekonomi industri menurun pada separuh tahun pertama tahun ini. Pertumbuhan ekonomi Tibet telah dijanakan oleh peruntukan kerajaan pusat pada separuh tahun ke-2 tahun ini. Dijangka, jumlah KDNK di Tibet tahun ini akan mencatat lebih 39 bilion yuan RMB, jumlah itu meningkat lebih 10% daripada tahun yang lalu.