Jumlah perdagangan di Yiwu, China yang dikenali sebagai "pasar raya dunia" mencatat lebih 49.2 bilion yuan RMB pada tahun 2008 dan meningkat kira-kira 7% berbanding tahun sebelumnya.
Yiwu menjadi pasar borong barangan kegunaan kehidupan yang terbesar di dunia. Pada suku tahun ketiga yang lalu, peningkatan jumlah perdagangan di bandar tersebut mula menurun akibat krisis kewangan global. Syarikat-syarikat di bandar tersebut berusaha mengambil pelbagai langkah untuk meneroka pasaran baru di Rusia dan Brazil. Kini, jumlah eksport di bandar itu mula meningkat.