Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat China semalam mengumumkan enam langkah untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana dalam mengatasi kesukaran ekoran krisis kewangan sejagat.
Langkah tersebut ialah memberikan bantuan kepada perusahaan kecil dan sederhana untuk menghadapi masalah kekurangan dana, membantu mereka meluaskan pasaran, menggalakkan penyusunan semula struktur, membantu mereka meningkatkan daya saing di pasaran, jabatan kerajaan akan menggubal dasar keutamaan dan menyediakan suasana pasaran yang baik untuk perusahaan kecil dan sederhana serta berusaha memastikan pengeluaran dan pengelolaan perusahaan seperti biasa.
Krisis kewangan sejagat telah memenyebabkan kesan negatif terhadap perusahaan kecil dan sederhana di China hingga banyak yang pengeluarannya dikurangkan, dihentikan bahkan bankrap.