Bank Rakyat China berusaha untuk mengekalkan pertumbuhan kredit secara rasional serta menetapkan bidang utama yang diberikan modal pinjaman kredit pada tahun 2009. Berita ini dimaklumkan dalam Sidang Kerja Bank Rakyat China yang berakhir semalam di Beijing.
Bank Rakyat China akan mencadangkan institusi kewangan memberikan modal pinjaman kredit ke dalam projek yang melibatkan kehidupan rakyat, menjimat sumber tenaga dan mengurangkan pelepasan gas rumah hijau, sektor sains dan teknologi serta pembangunan serantau. Bank itu akan giat menyediakan perkhidmatan kredit terhadap keluarga petani; menggalakkan penyaluran kredit perbelanjaan termasuk kredit untuk perumahan dan menggalakkan institusi kewangan memberikan bantuan kredit kepada syarikat eksport untuk memastikan perkembangan eksport dengan stabil.
Bank pusat ersebut menyatakan akan belajar daripada pengalaman negara lain untuk mengatasi krisis kewangan antarabangsa, meningkatkan pengawasan dan penilaian terhadap risiko dalam China serta menyertai usaha antarabangsa bagi mengatasi krisis kewangan sejagat.