Seratus pelajar sekolah menengah dari kawasan bencana gempa Sichuan termasuk bandar Mianyang dan Deyang tiba di Manila malam tadi bagi memulakan lawatan ke Filipina selama seminggu.
Timbalan Menteri Luar Filipina, Franklin Ebdalin yang menyambut ketibaan mereka di lapangan terbang berkata, beliau berharap pelajar-pelajar China mempunyai sama seminggu yang seronok di Filipina. Lawatan kali ini menandakan hubungan kedua-dua negara seperti hubungan abang-adik.
Dari 11 hingga 17 Januari ini, rombongan pelajar tersebut akan melawat Istana Presiden Filipina, Sekolah Menengah Kebangsaan Manila, Kolej Chiang Kai Shek, Muzium Warisan Cina, Muzium Kanak-Kanak dan beramah mesra bersama pelajar-pelajar tempatan. Dalam tempoh lawatan itu, mereka akan mengunjungi Presiden Filipina, Gloria Macapagal-Arroyo.