Langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan Singapura dalam usaha melindungi alam sekitar tertumpu kepada penggunaan air kumbahan, rawatan sampah sarap, pembangunan tenaga bersih dan pembinaan rumah yang mesra alam. Dengan usaha gigih yang dilaksanakan oleh kerajaan dan syarikat selama ini, langkah-langkah tersebut telah memberi kesan yang positif dalam perlindungan alam sekitar dan penjimatan sumber tenaga.
Beberapa tahun yang lalu, Singapura yang menghadapi masalah kekurangan bekalan air tawar tetap berusaha menjimatkan penggunaan air di samping meneroka sumber bekalan yang baru. Berdasarkan dana yang diperuntukkan oleh kerajaan secara terus-menerus serta penggunaan teknologi baru, negara itu mencapai kemajuan yang ketara dalam usaha menyahgaram air laut dan melaksanakan dengan jayanya projek Newater, iaitu usaha membersihkan air kumbahan untuk digunakan semula.
Projek Newater itu membantu menambah bekalan air untuk negara itu, malah diperkenalkan kepada negara-negara Asia Barat yang juga menghadapi masalah kekurangan bekalan air. Kini, terdapat 4 buah kilang yang menjalankan projek Newater di Singapura. Kilang-kilang tersebut mampu mengalihkan air kumbahan kepada air minuman yang memenuhi piawaian antarabangsa dan membekalkan 15% air daripada penggunaan air seluruh negara. Kini, air yang dihasilkan melalui projek Newater itu digunakan bagi industri pembuatan cip, ubat-ubatan dan penyejukan air bagi industri dan sebahagiannya digunakan sebagai air minuman.
Kira-kira 8 ribu tan sampah sarap sehari dikeluarkan di Singapura. Kini, Republik itu telah membina 4 buah pusat pembakar sampah yang mampu mengolah sebanyak 2.28 juta tan sampah sarap setiap tahun. Tenaga hangat yang dikeluarkan dalam proses pembakaran sampah dialihkan kepada tenaga elektrik. Selain itu, Singapura juga mencapai kemajuan yang ketara dalam usaha membaharui sisa kumbahan. Kini, 40% kumbahan pejal di negara itu boleh digunakan semula selepas melalui proses rawatan kumbahan.
Kerajaan Singapura juga amat mengutamakan usaha pembangunan tenaga bersih memandangkan harga tenaga yang sering turun naik secara mendadak. Pada tahun lalu, kerajaan Singapura memperuntukkan dana kira-kira 242 juta dolar Amerika dalam usaha membangunkan tenaga bersih, terutamanya tenaga suria. Negara itu menyasarkan nilai sebanyak 1.17 bilion dolar Amerika dan 7000 peluang pekerjaan disumbangkan oleh sektor tenaga bersih menjelang tahun 2015. Di samping itu, Singapura merancang untuk membina 4 buah kilang pengeluar biodiesel di Pulau Jurong dan ingin menjadikannya sebagai pangkalan pengeluar biodiesel yang terbesar di rantau Asia.