China akan terus mendorong perpaduan dan kerjasama China-Afrika, terutamanya kerjasama yang pragmatik.
Menteri Luar China, Yang Jiechi menyatakan demikian di Johannesburg semalam.
Ketika diwawancara, Yang Jiechi berkata, peningkatan hubungan persahabatan China-Afrika merupakan asas penting bagi dasar luar China, dan juga merupakan pilihan strategik China yang berpanjangan. Pada tahun ini, China akan memperluas kerjasama dengan negara-negara Afrika dalam bidang pembinaan infrastruktur, pertanian, telekomunikasi dan sumber tenaga manusia.
Beliau juga menegaskan, menghadapi cabaran krisis kewangan antarabangsa, China akan terus memberi bantuan sedapat mungkin kepada Afrika.