Pelajar-pelajar China yang melanjutkan pelajaran di Singapura digesa memainkan peranan positif untuk mendorong perkembangan hubungan dan kerjasama kedua-dua negara.
Duta Besar China ke Singapura, Puan Zhang Xiaokang berkata demikian dalam Majlis Sambutan Tahun Baru China 2009 yang dianjurkan oleh Unit Pendidikan Kedutaan China di Singapura semalam. Lebih 200 orang pakar, sarjana, pelajar tajaan kerajaan dan guru bahasa Mandarin dari China telah menghadiri majlis itu.
Beliau juga memberi galakan kepada para pelajar supaya memainkan peranan penting dalam pembangunan tanah air selepas menamatkan pengajian mereka di Singapura.
Pegawai dari Kementerian Pendidikan Singapura, Gan Chin Huat dalam majlis itu menyanjung tinggi perkembangan hubungan dan kerjasama Singapura-China, lebih-lebih lagi dalam bidang pendidikan. Beliau berharap agar para pelajar China menyertai aktiviti menyambut Tahun Baru Cina di Singapura bagi menghayati keistimewaan perayaan tempatan supaya memperdalam persefahaman dan persahabatan antara rakyat kedua-dua negara.