Cari:
Kadar Pertukaran Mata Wang RMB dengan Dolar Amerika Terus Meningkat
2009-01-19 15:13:25 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Berdasarkan data terkini daripada Pusat Perdagangan Pertukaran Wang Asing China, kadar pertukaran mata wang RMB dengan dolar Amerika hari ini mengekalkan peningkatan kecil hari ketiga secara berturut-turut dan mencatat 6.8360 RMB bersamaan 1 dolar Amerika, meningkat 0.23% berbanding dengan semalam.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kewangan A.S. pada hari Jumaat minggu lalu, pelabur asing buat kali pertama menjual hutang negara A.S. secara besar-besaran sejak krisis pinjaman kredit berlaku pada penghujung tahun lalu. Ini mencerminkan permintaan pasaran terhadap hutang negara A.S. menurun dengan cepat. Kurang keyakinan para pelabur terhadap dolar A.S. telah mengakibatkan terturunnya kadar pertukaran dolar A.S. dengan pelbagai wang asing. Dengan latar belakang tersebut, kadar pertukaran RMB dengan dolar Amerika terus meningkat.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China