Forum Kewangan Asia ke-2 dirasmikan di Hong Kong pagi tadi di sertai pegawai-pegawai kanan dan tokoh-tokoh kalangan kewangan dan ekonomi dari 31 buah negara dan kawasan.
Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong, Donald Tsang yang berucap merasmikan forum itu berkata, dengan latar belakang krisis kewangan global, forum kali ini sangat bersesuaian dengan situasi kini. Katanya, pelbagai pihak dapat mengadakan perbincangan mendalam tentang cabaran ekonomi dan kewangan global.
Forum selama dua hari ini bertema "wajah Asia yang sedang berubah". Para peserta dijangka berbincang mengani kedudukan Asia dalam situasi kewangan global, masa depan pembangunan kewangan global, langkah yang diambil oleh kawasan-kawasan lain untuk menghadapi krisis kewangan dan maksudnya terhadap Asia.