Cari:
Projek Pelancongan Terbesar yang Dibina Selepas Gempa Wenchuan Dibuka
2009-01-19 11:21:34 CRI Cetak
Taman Lembah Riang (Happy Valley) Chengdu yang dibuka semalam merupakan projek pelancongan yang terbesar yang dibina selepas berlakunya bencana gempa Wenchuan. Pembinaannya selama lebih tiga tahun dengan menelan kos 2.5 bilion yuan RMB.

Hampir seribu pelancong menunggu di luar pintu Taman Lembah Riang sebelum masa pembukaannya pada pukul 9.00 pagi. Mereka datang dari bandar Chengdu dan beberapa bandar di sekitarnya seperti Chongqing dan Mianyang. Sejam selepas dibuka, taman tersebut segera dibanjiri lebih tiga ribu orang pelancong. Menurut perangkaan pihak pengelola taman itu, jumlah pelancong mencecah lebih 10 ribu orang pada hari itu.

Taman Lembah Riang Chengdu terdiri daripada 7 zon hiburan dengan kemudahan yang menggunakan teknologi canggih.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China