Cari:
Mesyuarat Dewan Negara Bahaskan Draf "Laporan Kerja Kerajaan"
2009-01-20 11:28:34 CRI Cetak

Mesyuarat Dewan Negara yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Wen Jiabao diadakan di Beijing semalam untuk membahaskan draf "Laporan Kerja Kerajaan" yang segera akan diserahkan kepada Sidang Ke-2 Kongres Rakyat Kebangsaan Ke-11.

Wen Jiabao berkata, merujuk kepada risiko krisis kewangan antarabangsa terhadap ekonomi China pada setengah tahun kedua tahun 2008, kerajaan China segera mengeluarkan dasar ekonomi makro yang fleksibel dan berhati-hati. Pembangunan ekonomi China mencerminkan siri dasar kawalan makro yang diambil oleh kerajaan pusat adalah tepat pada masanya, betul dan berkesan.

Wen Jiabao menegaskan China akan berusaha melaksanakan pembangunan ekonomi pada suku tahun pertama tahun 2009 dan secepat mungkin menghentikan penurunan kadar pertumbuhan ekonomi. China akan melaksanakan siri pelan memperluas permintaan dalaman dan mendorong pertumbuhan ekonomi yang dikeluarkan baru-baru ini dan berusaha mengekalkan pertumbuhan stabil perdagangan luar.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China