Cari:
Kerajaan akan terus Berikan Perhatian kepada Golongan Agama
2009-01-21 11:06:47 Harian Renmin Ribao Cetak

Kerajaan perlu memelihara hak dan kepentingan kalangan penganut agama, mengetahui keadaan pertubuhan agama serta memberi perhatian terhadap kehidupan dan usaha mencari rezeki golongan beragama di kawasan bencana gempa Sichuan dan kawasan mundur.

Demikian dinyatakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Permesyuaratan Politik Rakyat China, Jia Qinglin ketika beramah mesra dengan ketua-ketua pertubuhan agama di Zhongnanhai semalam sempena sambutan Tahun Baru China.

Bagi pihak Jawatankuasa Pusat Parti Komunis dan Setiausaha Agungnya, Hu Jintao, beliau menyampaikan salam dan harapan baik kepada tokoh-tokoh agama dan penganut agama.

Temu ramah itu disertai oleh ramai ketua pertubuhan agama, seperti Presiden Persatuan Buddha China, Yi Cheng dan Naib Presiden Persatuan Islam China, Yu Zhengui.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China