Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) seluruh China pada tahun 2008 mengekalkan kadar pertumbuhan 9%, walaupun kadar peningkatan KDNK pada tiga bulan keempat tahun lalu menurun ke 6.8%.
Pengarah Jabatan Statistik Negara, Ma Jiantang berkata demikian dalam sidang akhbar Dewan Negara hari ini. Menurutnya, berdasarkan jangkaan terkini Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF), pertumbuhan ekonomi seluruh dunia pada tahun 2008 mencatat 3.7% secara purata. China mengekalkan kadar pertumbuhan pada 9% kadar. Sumbangannya terhadap pertumbuhan ekonomi sedunia melebihi 20%.
Menurut Ma Jiantang, pengeluaran bahan makanan China pada tahun 2008 mengekalkan pertumbuhan lima tahun berturut-turut. Pendapatan penduduk di bandar dan luar bandar masing-masing meningkat 8.4% dan 8%. Pada akhir tahun 2008, simpanan wang asing negara mencapai 1950 bilion dolar Amerika, meningkat 27.3% berbanding dengan tahun 2007.
Menurutnya, kadar pertumbuhan indeks harga pengguna (CPI) China agak tinggi pada awal tahun 2008, dan menjadi mantap pada setengah tahun ke-2 tahun 2008. Indeks tersebut meningkat 5.9% pada tahun lalu.








