Menurut jangkaan sektor pelancongan Hong Kong, jumlah pelancong Tanah Besar yang melawat wilayah itu ketika Tahun Baru China akan meningkat kira-kira 10% berbanding tempoh yang sama tahun lalu.
Pengerusi Persatuan Agensi Pelancongan Hong Kong Hu Zhaoying berkata, pelancong dari Tanah Besar merupakan kira-kira 60% daripada pelancong yang melawat Hong Kong ketika Tahun Baru China. Keadaan ini akan mengembangkan sektor pelancongan di wilayah tersebut yang terjejas akibat krisis kewangan.