Puteri Thailand, Maha Chakri Sirindhorn yang gemar pada kebudayaa China merasmikan Pameran Lukisan Perayaan Tahun Baru China di Pusat beli-belah Antarabangsa Siam Paragon di pusat bandar Bangkok petang semalam. Selepas melawat pameran itu, beliau menulis perkataan China, yang bermaksud persahabatan China-Thailand kekal abadi.
Pameran yang berlangsung selama 10 hari itu dianjurkan oleh Bank Petani Thailand-Cina, Syarikat Telekomunikasi Thailand DTAC dan Pusat Beli-Belah Antarabangsa Siam Paragon, dan dijalankan oleh Galeri Yidaozhai Thailand. Tujuannnya, untuk merayakan Tahun Baru China 2009, serta mendorong pertukaran kebudayaan dan persahabatan antara kedua-dua negara. Terdapat 101 buah lukisan daripada 24 orang pelukis China dipamerkan dalam pameran lukisan itu.