Cari:
Kapal "Haikou" Armada China Menyambut Tahun Baru China
2009-01-25 17:01:32 CRI Cetak

Kapal "Haikou" armada China yang menjalankan tugas perlindungan di Teluk Aden sedang membuat persiapan untuk menyambut ketibaan Tahun Baru China.

Tukang masak sudah siapkan semua bahan-bahan untuk menyajikan hidangan malam bagi semua anak kapal itu. Masakan yang dibuat mereka bukan sahaja sesuai dengan selera askar dari bahagian utara, tetapi juga mendapat sambutan baik daripada mereka yang dari selatan. Semua anak kapal dari pelbagai tempat China berpuas hati terhadap jamuan malam ini.

Selain itu, pesta malam akan diadakan untuk menyambut hari raya ini. Ramai askar akan menjadi pemain dalam menyajikan persembahan semasa pesta malam nanti.

Sebuah talian telefon khas telah beroperasi dalam kapal "Haikou" bagi memudahkan askar-askar dapat menyampaikan selamat Tahun Baru China kepada ahli keluarga mereka.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China