Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyampaikan Selamat Tahun Baru China kepada kaum Cina Malaysia. Beliau berharap pelbagai kaum di negara itu bersatu-padu dan bekerjasama untuk mengatasi cabaran yang dihadapi sekarang.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seti Najib Tun Razak ketika menyampaikan ucapan di Pahang semalam menyampaikan "Selamat Tahun Lembu" dan "Gong Xi Fa Cai" kepada kaum Cina. Katanya, tahun ini merupakan tahun lembu bagi orang Cina, sedangkan lembu menandakan sikap kerja yang rajin, rakyat seluruh Malaysia perlu mempelajari semangat lembu itu untuk mengatasi tekanan daripada kelembapan ekonomi.
Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono menyampaikan Selamat Tahun Baru China kepada kaum Cina Indonesia melalui satu halaman akhbar Internetional Daily News yang diterbitkan hari ini.
Pada beberapa hari yang lalu, pelbagai parti, pelbagai kalangan masyarakat, tokoh terkenal dan syarikat Indonesia masing-masing menyiarkan ucapan sambutan Tahun Baru China.
Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong menyampaikan ucapan sempena Tahun Baru China pagi tadi untuk menyambut Tahun Lembu di samping menggalakkan rakyatnya penuh semangat untuk menghadapi tahun 2009 yang dipenuhi cabaran.