Cari:
China Membantu Golongan Miskin Semasa Sambut Tahun Baru China
2009-01-25 18:21:01 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Hari ini hari terakhir "Tahun Tikus" menurut kalendar China. Kerajaan pelbagai peringkat meningkatkan tahap bantuan kepada golongan miskin.

Kerajaan pusat sahaja mengagih-agihkan bantuan dana sebanyak 9 bilion yuan RMB kepada golongan miskin baru-baru ini. Kerajaan pelbagai peringkat masing-masing mengambil langkah-langkah bantuan, misalnya di Wilayah Autonomi Mongolia Dalam yang terletak di bahagian barat laut China, seramai lebih 2 juta orang penduduk miskin telah diberi subsidi kehidupan sejumlah lebih 200 juta yuan RMB. Di bahagian timur laut, kerajaan provinsi Heilongjiang telah menyalurkan lebih 2 bilion yuan RMB kepada golongan miskin di bandar dan luar bandar sempena sambutan Tahun Baru China. Kerajaan provinsi Hebei mengeluarkan subsidi sebanyak lebih 400 juta yuan RMB kepada keluarga miskin dan di bandar Wuhan, provinsi Hubei yang terletak di bahagian tengah China, hampir seramai 400 ribu penduduk miskin telah diberi barangan atau dana bantuan bernilai sejumlah lebih 130 juta yuan RMB.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China